Pakej VVIP E-Flexireload telah dibuka Harga Pengenalan RM1200 sila rujuk ke bahagian pakej untuk maklumat lanjut Syarikat Denai Resources Merupakan Syarikat yang menjalankan Biz E-Flexi Reload yang diurus oleh LUQMAN SYAHMI dan Biz Hartanah yang diuruskan oleh EN MANSOR (OWNER) Pihak E-Flexi Reload Juga ada menyediakan Pakej Hartanah yang di uruskan oleh Syarikat Denai Resources)
Properties For Sale at Kedah Pendaftaraan sudah tidak dijalankan

FAQ

Di bawah adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh setiap agen dan juga pelawat yang berminat untuk menyertai perniagaan topup easyreload ini. Anda di kehendaki membaca persoalan-persoalan yang sering ditanya di bahagian ini kerana kemungkinan soalan yang anda ingin tanya sudah ada jawapan di sini.

1. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai agen topup easyreload?
Bagi pelawat yang telah membaca dan melihat keseluruhan website ini, saya pasti mereka tidak akan bertanyakan soalan ini kerana mereka sudah tahu jika ingin mendaftar, mereka perlu pergi ke bahagian pendaftaran untuk mendaftar sebagai agen topup easyreload. Sila dapatkan maklumat untuk melakukan pembayaran pendaftaran di bahagian pendaftaran.

2. Bagaimana cara pengiraan profit dilakukan dan bagaimana agen akan mendapat profit tersebut?
Bagi setiap agen akan mempunyai no ID keahlian masing-masing. Sebagai contoh, apabila anda menjual Celcom RM10 dan profit bagi setiap jualan celcom adala 5%. Jadi pengiraannya adalah seperti berikut:
RM10 x 5% = RM0.50 ( Ini bermakna, dari akaun ahli anda, modal hanya di tolak RM9.50 sahaja)
Anda akan mendapat terus profit tersebut. Profit ini tidak akan di masukkan ke mana-mana akaun bank. Ia hanya akan dapat apabila anda menjalankan perniagaan dan pelanggan yang akan membayar kepada anda.

3.  Bagaimana cara saya untuk menjadi seoarang agen dan memulakan perniagaan topup easyreload?
Bagi anda yang berminat, sila lihat bahagian Pakej Pendaftaran untuk melihat pakej-pakej yang boleh anda mendaftar mengikut kemampuan anda. Selepas anda sudah memilih pakej tersebut, anda perlu ke bahagian pendaftaran untuk membuat pembayaran pendaftaran mengikut pakej yang telah anda pilih. Anda perlu mengikut langkah pendaftaran yang telah disediakan.

Bagaimanakah cara untuk saya menukar no HP yang saya telah daftarkan dengan No HP yang baru?
Jika anda ingin menukarkan no HP yang anda telah daftarkan sebagai ahli, anda akan dikenakan CAS RM10 bagi setiap penukaran no HP.  Sila buat pembayaran RM10 untuk menukar no HP anda. Selepas bayaran di buat, sila hantarkan sms seperti berikut:
CHANGE.ID LAMA.NAMA.NO HP LAMA.,to.NAMA.NO HP BARU; BANK,JUMLAH.TARIKH.MASA.1234
Hantar ke 013-9162100
Sila Buat Pembayaran seperti maklumat di bahagian pendaftaran sebanyak RM10 dan hantarkan format sms di atas. Setiap penukaran no HP turut akan menukar no PIN. Harap Maklum.

Kenapa saya tambah modal tetapi tidak mendapat sebarang makluma balas dan tidak mendapat modal tersebut.
Kebiasaannya masalah ini sering berlaku kerana kesilapan agen itu sendiri kerana tidak mengikut format yang dinyatakan di bahagian tambah modal dan agen menghantar SMS tambah modal kepada orang lain. SMS tambah modal perlu di hantar kepada no server iaitu no yang sama anda gunakan untuk menjual topup easyrelaod.

Kenapa apabila saya menjual topup easyreload, saya sudah mendapat SMS mengatakan transaksi sudah berjaya tetapi pelanggan tidak mendapat topup tersebut?
Jika anda mengalami masalah sedemikian, anda perlu berhubung dengan Careline di talian (013-950.6999) di mana mereka akan menyemak transaksi yang anda telah lakukan tadi atau anda boleh menyemak SN/Ref:xxx dengan syarikat telco tersebut.

Adakah saya perlu menggunakan No. HP yang didaftarkan sahaja untuk melakukan jualan dan tambah modal?
Ya. Anda perlu menggunakan no yang anda daftarkan sebagai agen topup easyreload sahaja untuk menjual topup easyreload dan menambah modal kerana sistem tidak dapat mengesan siapa anda jika anda menggunakan no lain.

Adakah saya sebagai agen boleh mendaftarkan MA, MD atau MS sendiri?
Tidak. Ini kerana bagi MA, MD dan MS hanya boleh mendaftarkan Agen Biasa, Agen Retail dan Sub Retail sahaja. Anda boleh menaja MA, MD dan MS dan akan menerima komisen setiap agen yang anda perkenalkan.

Adakah saya boleh menguruskan modal agen saya?
Ya. Anda boleh menguruskan modal agen anda. Tetapi anda juga boleh menggunakan cara tambah modal di mytopup2u seperti di bahagian tambah modal untuk agen-agen di bawah anda menambah modal.

Apakah perbezaan setiap pakej di Mytopup2u?
Dari apa yang dipaparkan, anda boleh melihat perbezaan setiap pakej di bahagian Pakej Pendaftaran.

Adakah saya akan dibekalkan dengan website apabila mendaftar sebagai agen untuk tujuan promosi?
Tidak. Anda tidak akan dibekalkan dengan website untuk tujuan promosi anda. Anda perlu membina sendiri website anda.

Adakah saya perlu membayar kepada mana-mana pihak untuk mendaftarkan agen biasa jika saya MA, MD atau Mini Server?
Anda tidak perlu membayar kepada mana-mana pihak untuk mendaftarkan agen biasa. Tetapi anda perlu membayar kepada admin untuk menaja MA, MD dan MS dan akan menerima komisen dalam bentuk modal.
.
Adakah MA, MD dan MS boleh menantukan yuran setiap agen termasuk yuran MA, MD dan MS yang lain?
Ya. Anda boleh menentukan yuran agen. Tetapi anda hanya boleh menentukan yuran Agen Biasa, Agen Retail dan Sub Retail sahaja. Manakala Yuran MA, MD dan MS adalah seperti di dalam website ini kerana anda hanya menaja bagi pakej ini bukan boleh mendaftarkan.



Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan pertanyaan mengenai perniagaan topup easyreload, sila bertanya kepada admin mengikut maklumat yang diberikan. Kami memohon anda untuk membaca keseluruhan website ini dahulu sebelum mengajukan soalan.


***** Jika anda mempunyai sebarang masalah mengenai server dan topup, sila hubungi no caraline kami supaya masalah anda dapat diselesaikan segera.
Careline : 013-950.6999
Ini adalah no untuk ahli yang sudah mendaftar untuk bertanyakan sebarang masalah mengenai server dan masalah topup sahaja. Jika pertanyaan mengenai pendaftaran, sila ke bahagian pendaftaran.
Di minta kerja sama dari anda untuk membaca soalan-soalan yang telah ada di atas sebelum anda bertanya soalan. Kerana kemungkinan soalan yang anda ingin tanya sudah ada di atas. Kami tidak akan menjawab lagi jika anda bertanyakan soalan yang sama.